SEMINAR NAK ANAK BIJAK MEMBACA BERSAMA DR NORZILA ZAKARIA

|| SEMINAR NAK ANAK BIJAK MEMBACA BERSAMA DR. NORZILA ||
✅ Tidak tahu keperluan asas membaca anak.
✅ Stres anak belum pandai membaca.
✅ Susah untuk faham fungsi otak.
✅ Belum mampu jadi ibu ayah terbaik dalam soal membaca.
✅ Kurang jelas kaitan perkembangan anak dengan diskleksia.
✅ Buntu kenapa anak trauma membaca.
Berikut merupakan antara masalah atau luahan yang kerap kali kami terima daripada klien.
Sekiranya kita tidak mengambil cakna tentang isu ini, ianya boleh memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan pembelajaran dan emosi anak-anak.
Pasti kita tidak ingin kan perkara sebegini berlaku kepada anak-anak ?
Klien A -
"Saya dah hantar anak pergi kelas tambahan, tapi masih juga tak boleh membaca. Saya risau".
Klien B -
"Puas pujuk anak lelaki saya untuk membaca, tapi dia degil. Tak nak juga membaca. Dia kata membaca tu boring".
Klien C -
"Dr, saya dah ikut semua yang anak nak. Beli toys, beli alat tulis baru. Tapi, bila suruh je membaca, terus cakap penat. Saya pun dah pening fikirkan dia".
Haa, kini tuan/puan tidak perlu risau lagi. Kami bawakan satu berita gembira untuk menjadi solusi kepada masalah tuan/puan. ????
Jeng jeng jeng...
Satu Seminar Nak Anak Bijak Membaca bersama Dr. Norzila akan diadakan tidak lama lagi.
Nak tahu lebih lanjut? Meh kita tengok butiran dibawah.
Kelebihan seminar
✅ Peserta dapat bertanya soalan secara direct kepada penceramah.
✅ Waktu seminar yang fleksibel - dilakukan secara online.
✅ Diadakan pada hujung minggu.
Wahhh, tuan/puan yang bekerja pun tidak perlu risau lagi ya untuk sertai seminar. Apa yang akan dibongkarkan semasa seminar nanti? ????
Banyak. Banyak ilmu-ilmu berkaitan pembacaan dan hubungan ibubapa bersama anak-anak bakal dibongkarkan. Antaranya, ilmu tentang :
✅ Perkembangan fizikal, kognitif dan psikososial.
✅ Otak dan perkembangan anak.
✅ Gaya belajar.
✅ Kecerdasan emosi dan intelek.
✅Gaya belajar anak-anak.
✅Emosi dan kaitan dengan struktur otak.
Menarik ke sangat menarik ? ????
Feedback klien
"Feedback saya utk seminar ialah saya amat berpuas hati dgn seminar yg diadakan oleh Doktor Norzila. Info yg dismpaikan juga mudah utk saya fahami... Cth yg diterangkan dlam seminar pun byk bantu saya utk fahamkan lagi setiap kupasan tajuk.. T.kasih saya ucapkan buat pihak penganjur".
Ini antara feedback yang kami terima daripada klien. Jom tuan/puan. Kami juga ingin bantu tuan/puan untuk sama-sama memahami perkembangan pembelajaran anak-anak.
Anak cepat membaca, kita pun pasti bahagia kan?
Rahsia didik anak membaca
=======================
Siapa nak mengetahui tentang rahsia didik anak membaca? Saya akan terangkan apa berlaku di otak semasa membaca. Wah macam nak jadi saintis pulak kan!
.
Ya memang betul, bila kita faham apa berlaku di otak semasa kita membaca kemudian barulah kita tahu bagaimana nak gunakan ilmu ini untuk melatih anak membaca dengan cara terbaik. DIY untuk anak-anak kita gitu.
.
Customize teknik membaca untuk setiap anak dengan cara yang berbeza. Tapi kenalah dapatkan dulu ilmu-ilmu penting di Seminar Anak Bijak Membaca Bersama Dr Norzila ni tau.
.
Pasti ramai juga yang nak tahu tentang IQ dan EQ, mana yang lebih penting untuk anak cepat membaca kan! Saya akan kupas dengan mendalam nanti, bahasa santai-santai sahaja dan kita buat hands on aktiviti nanti ya.
Maklumat Seminar
SABTU |9 APRIL 2022 | 11.00 PAGI - 3.00 PTG
VIP = RM 299 / pax
(Rakaman Seminar, 6 ebook Percuma bernilai RM120.00 & Group Support Bersama Dr Norzila Zakaria)
YURAN = RM199/ pax
(Rakaman Seminar & Group Support Bersama Dr Norzila Zakaria)
==================================================
PROFIL DR NORZILA ZAKARIA
Beliau Seorang Penulis & Pakar Psikiatri
Pengalaman Sebagai Pakar Psikiatri
Selama lebih 15 tahun menangani kanak-kanak dengan pelbagai isu pembelajaran, tingkah laku dan emosi, saya mengaplikasikan pendekatan holistik yang disebut biopsikososial dan spiritual. Ini adalah empat elemen penting dalam perawatan saya. Elemen fizikal, mental, sosial dan spiritual tidak dapat dipisahkan dalam setiap individu kerana semua komponen ini dikawal oleh otak.
Memahami ‘tugas’ pada setiap peringkat kehidupan iaitu peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua juga sama pentingnya agar kita tidak mudah memandang ‘remeh’ dan memberikan respon yang kurang positif kepada orang lain. Ia sangat berkait rapat dengan persepsi yang juga salah satu fungsi otak.
Kebolehan mengawal emosi diri pada setiap ketika adalah kunci kepada komunikasi yang baik. Bila emosi terkawal, kata-kata yang keluar dari mulut kita juga terkawal. Ia dilihat sebagai komunikasi yang baik. Teknik mengawal emosi perlu dipelajari dan dipraktiskan. Emosi juga dikawal oleh otak.
Justeru , jika kita mampu meneroka ilmu neurosains iaitu berkaitan otak dan persarafan, saya pasti kita akan lebih mudah faham tentang perwatakan diri sendiri dan orang lain. Contohnya mengapa sikap anak lelaki dan perempuan tidak serupa walaupun dididik dengan cara yang sama
Selain itu, didikan agama juga mencorakkan sifat dan sikap seseorang individu. Pendidikan agama dan apa jua bentuk pembelajaran juga dicerap dan disimpan di otak. Pemahaman terhadap setiap yang berlaku juga ditafsir dan Analisa di otak. Justeru, setiap perkongsian saya samada dalam bentuk penulisan atau pertuturan, pastinya akan saya sentuh tentang otak agar kita lebih memehami diri kita dari sudut fizikal, mental dan spiritual.
Semoga kita semua dapat menghayati kekuasaan Allah dengan memahami cara otak kita berfungsi yang dikaitkan dengan pengurusan emosi dan komunikasi.
===============================
BERMINAT UNTUK MENJADI RAKAN AFFILIATE, HUBUNGI KAMI DI
https://wa.link/xdszaa / https://wa.link/h1xcvx